Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia

Elon Musk
Elon Musk
A
A
A

WASHINGTON - Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

"Twitter Verified kini tersedia di seluruh dunia!" Agensi Anadolu memetik ciapan Musk di Twitter.

Twitter Blue, perkhidmatan langganan bulanan berbayar yang menambah tanda semak biru pada akaun pengguna, turut menawarkan akses awal kepada ciri eksklusif baharu.

Ia termasuk tweet yang lebih panjang, keupayaan untuk mengemaskini tweet, muat naik video 1080p dan navigasi khas.

Syarikat itu juga memaklumkan pihaknya menerima permohonan untuk tanda semak kelabu bagi akaun kerajaan dan pelbagai hala yang layak.

Sistem pengesahan Twitter telah wujud selama 13 tahun sejak platform itu melancarkannya pada 2009 untuk mengelakkan penyamaran akaun berprofil tinggi seperti selebriti dan ahli politik. - Bernama