UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour

Mir Azrul (lima dari kanan) bersama petugas di Bahagian Perhubungan Alumni UIAM yang membantu menjayakan program World #QuranHour.
Mir Azrul (lima dari kanan) bersama petugas di Bahagian Perhubungan Alumni UIAM yang membantu menjayakan program World #QuranHour.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi rakan strategik bagi penganjuran lokasi perdana World #QuranHour yang diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada 13 April ini.

Pengarah Bahagian Perhubungan Alumni UIAM, Mir Azrul Shaharudin berkata, pihaknya sebagai tuan rumah untuk World #QuranHour sejak tahun 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Nu Ideaktiv, penerbit bagi penyiar rasmi Astro Oasis untuk menjayakan program berinteraksi dengan al-Quran pada tahun ini.

“UIAM tidak menjadi hos World #QuranHour selama tiga tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengekang pandemik Covid-19 bermula tahun 2020 hingga 2022. Memang kami rindukan suasana program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

“Kelmarin, UIAM telah berbincang bersama WUIF dan Nu Ideaktiv Oasis dalam Mesyuarat Penyelarasan World #QuranHour. Melalui jemputan pihak UIAM, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah perkenan untuk berangkat ke program World #QuranHour,” katanya.

No Image Caption

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Perunding WUIF, Maslinda Md Esak dan Penerbit Penyelaras Nu Ideaktiv, Zulkifli Nordin.

Tambah Mir Azrul, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan mantan Presiden Kedua UIAM turut diharap dapat hadir sama.

“Bahagian Perhubungan Alumni UIAM juga sedang mengusahakan untuk memanjangkan jemputan program itu dalam kalangan alumni di seluruh dunia dan kami mempunyai lebih 115,000 alumni di 125 negara termasuk dari Bosnia, Turkiye, United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat," ujarnya.

Orang ramai yang ingin menjadi peserta World #QuranHour, boleh mendaftar di https://bit.ly/KEHADIRANWQH1444H2023 manakala penganjur di https://bit.ly/HOTSPOTWQH2023.