MPK keluarkan 1,953 permit bazar Ramadan

Mahkota Square adalah lokasi bazar Ramadan yang akan menjadi tumpuan warga Kuantan pada setiap tahun. Gambar kecil, Nor Kamawati.
Mahkota Square adalah lokasi bazar Ramadan yang akan menjadi tumpuan warga Kuantan pada setiap tahun. Gambar kecil, Nor Kamawati.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 1,953 permit bazar Ramadan dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuantan kepada peniaga tahun ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Nor Kamawati Kamal berkata, permit tersebut dikeluarkan di 35 tapak bazar Ramadan yang telah disediakan oleh pihaknya di daerah ini.

"Tahun ini kita tambah tiga tapak bazar iaitu di Dataran Kuantan, Tunas Manja Group (TMG) Mall Tanjung Lumpur dan TMG Indera Mahkota 7. Pembukaan ini menjadikan 35 tapak bazar dibuka berbanding hanya 32 sahaja sebelum ini.

"Daripada jumlah 35 tapak bazar, lapan lokasi bazar yang membabitkan seramai 499 peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan, manakala 27 lokasi (1,454) peniaga menjual makanan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan secara dekat terutamanya dari segi kebersihan dan tidak ada penyewaan kepada pihak ketiga.

"Peniaga juga dinasihatkan memakai pakaian sopan ketika menjalankan aktiviti perniagaan, selain wajib meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual.

"Harga yang ditawarkan seharusnya berpatutan dan tidak terlalu mahal sehingga membebankan pembeli,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Kamawati berkata, peniaga perlu memelihara tahap kebersihan iaitu aspek penyediaan juadah makanan dan minuman bermula daripada proses membeli bahan mentah, penyediaannya dan semasa juadah dijual.

SENARAI TAPAK BAZAR

1.Tempat letak kereta Mahkota Square

2.Tempat letak kereta stadium (kantin)

3.Taman Tas

4.Jaya Gading

5.Dataran Kuantan

6.TMG Mall Tanjung Lumpur

7.TMG Mall Indera Mahkota 7

8.Peramu

9.Beserah (depan gerai MPK)

10.Hadapan Tunas Manja Sg Isap

11.Tanjung Api

12.Pusat Perkhidmatan Balok

13. Hentian Gambang

14.Dewan Mat Kilau

15.Perkampungan Sg Isap 2

16.Hadapan Restoran Rahmat

17.Dataran Bukit Sekilau

18.Taman Indera Sempurna

19.Taman Mahkota Aman

20.Perumahan Inderapura

21.Nirwana Batu 3

22.Pantai Selamat Indera Mahkota

23.Kempadang

24.Jalan Tun Ismail 5

25.Taman Impianku, Jalan Sg Lembing

26.Car Boot Sale Ramadan Raya

27.Parkir Masjid Negeri

28.Balok Makmur

29.JKKK Kampong Cherating

30.Taman Seri Damai Perdana

31.Perkarangan Stadium

32.Indera Mahkota 2

Tiga Tapak baharu

Dataran Kuantan

TMG Mall Tanjung Lumpur

TMG Indera Mahkota 7

Artikel Berkaitan: