Arab Saudi, Qatar mula berpuasa esok

Peniaga melakukan persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadan di pasar awam di Riyadh. - AFP
Peniaga melakukan persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadan di pasar awam di Riyadh. - AFP
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi memutuskan hari pertama bulan Ramadan akan bermula esok (Khamis).

Mahkamah Agung Arab Saudi membuat keputusan bahawa menurut kalendar Islam, bulan Syaaban berakhir hari ini, maka ketibaan bulan Ramadan yang turut menandakan bermulanya ibadah puasa akan bermula pada hari berikutnya.

Menurut Agensi Berita Saudi, pihak berkuasa negara itu mengarahkan penduduk supaya melihat anak bulan semalam bagi menandakan permulaan Ramadan, bagaimanapun ia tidak kelihatan.

Sementara itu, negara jirannya, Qatar, turut mengumumkan bahawa hari pertama Ramadan bermula esok, sama seperti di wilayah Palestin. - Agensi