SAR Nur Hafizah masih diteruskan - Mohd Zahari

Laporan Sinar Harian pada 3 Mac lalu.
Laporan Sinar Harian pada 3 Mac lalu.
A
A
A

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Hafizan Zailan yang hilang dihanyutkan arus ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, operasi itu diadakan bersama agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia serta penduduk setempat.

"SAR ini akan dijalankan dari masa ke masa sehingga mangsa dikhuatiri lemas itu dijumpai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kisah Nur Hafizah,23, dari Lorong Gangsa 2, Bukit Ibam dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi jambatan gantung.

Disebabkan banjir, pasukan bomba bersama PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan APM bergerak ke lokasi kejadian dengan melalui laluan darat serta air.