PCI Wang Kelian memasuki hari kelima

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 memasuki hari kelima hari ini.

RCI itu telah mendengar keterangan daripada 12 saksi dalam empat prosiding sebelum ini.

Prosiding hari ini di hadapan tujuh panel RCI diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dimulakan dengan saksi ke-13 ACP (B) Md Zukir Md Isa, yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Perlis.

Prosiding berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai menjadi mahkamah.

RCI, yang diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lepas, antara lain akan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara serta kubur di Wang Kelian.

RCI itu juga akan mengesyorkan tindakan dan penambahbaikan yang diambil oleh kerajaan sebelum mengemukakan laporan siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.- Bernama

Artikel Berkaitan: