Rempuhan stadium: Pegawai polis dipenjara 18 bulan

Hasdarmawan (kanan) tiba di mahkamah di Surabaya untuk mendengar keputusan hukuman berkaitan kes rempuhan stadium di bandar Malang, Indonesia. - AFP
Hasdarmawan (kanan) tiba di mahkamah di Surabaya untuk mendengar keputusan hukuman berkaitan kes rempuhan stadium di bandar Malang, Indonesia. - AFP
A
A
A

SURABAYA - Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap pegawai polis selepas didapati cuai kerana menyebabkan bencana stadium terburuk dalam sejarah bola sepak di negara itu.

Rempuhan di bandar Malang pada hujung tahun lalu telah mengorbankan 135 orang termasuk 40 kanak-kanak selepas insiden pergaduhan pasukan penyokong Arema FC dan Jawa Timur Persebaya Surabaya.

Semasa penyokong menceroboh padang Stadium Kanjuruhan, polis melepaskan gas pemedih mata sehingga mencetuskan kacau-bilau hingga segelintirnya mati dipijak,

Hakim Abu Abu Achmad Sidqi Amsya memberitahu mahkamah Surabaya bahawa pegawai yang dikenali sebagai Hasdarmawan dipenjara selama setahun setengah.

"Defendan gagal meramalkan situasi yang sebenarnya mudah dijangka. Terdapat pilihan tidak melepaskan gas pemedih mata untuk bertindak balas dengan keganasan penyokong," katanya.

Hukuman itu lebih singkat daripada tempoh tiga tahun seperti diminta pendakwa raya.

Hasdarmawan yang menafikan mengarahkan anggota polis lain melepaskan gas pemdih mat kepada penyokong itu, mempunyai tempoh tujuh hari untuk memfailkan rayuannya itu. - AFP