Zionis tutup masjid Ibrahimi

Askar Israel mengiringi pendatang Yahudi ke masjid Ibrahimi bagi menyambut perayaan Passover.
Askar Israel mengiringi pendatang Yahudi ke masjid Ibrahimi bagi menyambut perayaan Passover.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Pihak berkuasa Israel bertindak menutup masjid Ibrahimi di Hebron kepada penduduk beragama Islam selama dua hari bermula semalam.

Penutupan masjid itu sebagai memberi laluan kepada penduduk Yahudi menyambut perayaan Passover.

Tentera Israel yang lengkap bersenjata turut dikerah ke kawasan suci itu bagi memberi perlindungan kepada penduduk Yahudi daripada sebarang ancaman.

Difahamkan, laungan azan juga diharamkan sepanjang tempoh tersebut.

Rejim Zionis sering menutup masjid bersejarah itu sejak peristiwa hitam pendatang Yahudi membunuh penduduk Palestin semasa solat subuh pada tahun 1994.

Masjid Ibrahimi dipercayai menempatkan makam Nabi Ibrahim terletak di tengah Hebron dan bandar ini kini dipenuhi dengan kira-kira 500 penempatan penduduk Yahudi.

Ia menjadi kawasan suci bagi umat Islam dan Yahudi. - Agensi

Artikel Berkaitan: