Dua beradik hilang, seorang ditemukan lemas

Mayat Mamod Shukur ditemukan terapung pada jam 8.10 pagi Ahad. Mamod Shukur (gambar kanan).
Mayat Mamod Shukur ditemukan terapung pada jam 8.10 pagi Ahad. Mamod Shukur (gambar kanan).
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak ditemui lemas manakala abangnya masih hilang di lombong pasir di Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal di sini pada Ahad.

Difahamkan, dua beradik itu merupakan etnik Rohingya.

Mangsa, Mamod Shukur Belal Hussain, 4, ditemukan terapung kira-kira 400 meter dari tebing lombong pada jam 8.10 pagi manakala abangnya, Muhammad Nazeri, 6, dilapor masih hilang.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan pencarian di lokasi kejadian dekat sebuah lombong di Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan pencarian di lokasi kejadian dekat sebuah lombong di Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal.

Bapa saudara mangsa, Iman Nazumia, 26, dari Tikam Batu berkata, dia hanya mengetahui kejadian sebaik dihubungi abangnya, Belal, 28, iaitu bapa mangsa kira-kira jam 7.30 malam Sabtu selepas kedua-duanya tidak pulang ke rumah.

"Abang telefon beritahu dua anaknya hilang, masa tu dia sedang bekerja dan isterinya sudah cari di merata tempat tetapi tak jumpa," katanya.

Baju yang dipercayai milik kedua-dua mangsa kemungkinan ditanggalkan sebelum kejadian.
Baju yang dipercayai milik kedua-dua mangsa kemungkinan ditanggalkan sebelum kejadian.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Penguasa Bomba Mohd Syukri Hashim berkata, pihaknya menemui sepasang selipar di tebing lombong yang dipercayai milik salah seorang mangsa.

Menurutnya, lombong itu hanya kira-kira 200 meter dari jarak rumah mangsa.

Muhammad Nazeri (kanan) masih hilang dikhuatiri terjatuh dalam sebuah lombong dekat Kampung Kedundong, Pinang Tunggal pada Sabtu.
Muhammad Nazeri (kanan) masih hilang dikhuatiri terjatuh dalam sebuah lombong dekat Kampung Kedundong, Pinang Tunggal pada Sabtu.

"Bermula semalam (Sabtu) kita telah membuat pencarian, jejak tapak kaki dan kesan tapak tangan ditemui di kawasan selut tebing lombong pagi ini.

"Turut ditemui baju dan seluar dipercayai milik kedua-dua mangsa," katanya.

Operasi disertai 15 anggota dan pegawai JBPM, lapan angota polis, Unit Anjing Pengesan K9, tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, keadaan gelap dan permukaan tidak rata menyukarkan pencarian.

Zaidy dan Mohd Syukri (kanan) menyertai operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.
Zaidy dan Mohd Syukri (kanan) menyertai operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi dimulakan sejak malam Sabtu dan masih diteruskan untuk mengesan abang mangsa.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.

Dalam pada itu, Zaidy turut menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak semasa musim cuti sekolah bagi mengelakkan kejadian sama berlaku.

Selipar yang dipercayai milik mangsa lemas, Mamod Shukur ditemui di tepi lombong, tidak jauh dari rumah mangsa.
Selipar yang dipercayai milik mangsa lemas, Mamod Shukur ditemui di tepi lombong, tidak jauh dari rumah mangsa.