Enam pelajar OKU Polycc wakil negara ke Perancis

Salahuddin bersama jurulatih, Syazwani Ahmad yang bakal ke Perancis bagi menyertai pertandingan 10th International Abilympics 2023 bagi kategori memasak individu.
Salahuddin bersama jurulatih, Syazwani Ahmad yang bakal ke Perancis bagi menyertai pertandingan 10th International Abilympics 2023 bagi kategori memasak individu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai enam pelajar orang kurang upaya (OKU) dari politeknik dan kolej komuniti (Polycc) bakal mewakili negara ke pertandingan 10th International Abilympics di Perancis, hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr Mohd Zahari Ismail berkata, pertandingan sempena World Skill Competition bertemakan 'Common Skills, Uncommon People' itu akan disertai peserta dari 55 buah negara pada 24 dan 25 Mac ini.

Menurutnya, International Abilympics merupakan pertandingan kemahiran teknikal dan vokasional peringkat antarabangsa khusus bagi OKU dengan tujuan menaik taraf golongan tersebut selain menikmati apa yang dirasakan insan normal.

"Ia juga mampu mengubah pandangan masyarakat mengenai potensi dan kebolehan OKU meningkatkan kemahiran teknikal dan vokasional sekali gus sebagai persediaan memasuki alam kerjaya,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Flag Off Polycc to 10th International Abilympics France 2023 di sini pada Sabtu.

Salah seorang peserta, Salahuddin Ahmad Kamsan, 21, berkata, yakin akan membawa pulang pingat emas dalam kategori memasak individu berdasarkan persediaan yang telah dibuat lebih awal.

Enam peserta OKU yang bakal menyertai pertandingan peringkat antarabangsa bergambar bersama Mohd Zahari (tengah) dan Khatijah (empat kanan) semasa Flag Off Polycc to 10th International Abilympics France 2023.
Enam peserta OKU yang bakal menyertai pertandingan peringkat antarabangsa bergambar bersama Mohd Zahari (tengah) dan Khatijah (empat kanan) semasa Flag Off Polycc to 10th International Abilympics France 2023.



Pelajar semester akhir Sijil Kulinari dari Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah yang berdepan masalah pembelajaran itu berkata, persiapan mental dan fizikal juga dititik beratkan selain kekuatan resepi bagi menghasilkan masakan berasaskan arnab berdasarkan tiga syarat yang perlu dipenuhi, agar dapat memenangi hati juri sekali gus membawa pulang pingat yang diharapkan.

Selain itu, alumni Politeknik Ibrahim Sultan, Johor, Nur Amiratul Farahin Ab Rahman, 23, turut mengharapkan agar mampu membawa pulang pingat emas bagi kategori 'Painting and Waste Art'.

Dia yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan, telah melakukan persiapan lebih awal dengan latihan setiap hari selain menyediakan bahan terbuang seperti kertas, botol, surat khabar, majalah, mainan kanak-kanak serta persediaan lain untuk dibawa ke Perancis.

Selain itu, dua lagi peserta masalah pendengaran dan pertuturan iaitu Muhammad Darwisy Haziq Mohd Zam, 25, dari Politeknik Ibrahim Sultan akan menyertai kategori 'Outdoor Fotography' dan Wan Muhammad Hafizunif Wan Roslan, 27, dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin akan menyertai kategori 'Cake Decoration'.

Nur Amiratul Farahin berinteraksi bersama pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan, Mohd Nizam Saleh@Japri bagi persediaan ke 10th International Abilympics 2023 di Perancis.
Nur Amiratul Farahin berinteraksi bersama pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan, Mohd Nizam Saleh@Japri bagi persediaan ke 10th International Abilympics 2023 di Perancis.

Dua lagi peserta yang berdepan masalah pembelajaran dari Kolej Komuniti Selayang iaitu Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni, 23, akan menyertai pertandingan kategori 'Restaurant Services' dan Najwa Mahmud, 23, bakal menyertai pertandingan kategori 'Data Processing'.

Dalam perkembangan sama, Presiden

Majlis Pemulihan Malaysia (MCR), Datin Khatijah Sulieman berkata, seramai 16 peserta OKU termasuk enam dari Polycc dari pelbagai bidang kemahiran akan mewakili negara ke Perancis tahun ini.

"Kita sasarkan mereka mampu memberi saingan kepada peserta lain dan mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat hasil persediaan rapi dan cukup latihan diberikan,"katanya.