'Tarif timbal balas dibatal berita baik buat Malaysia' - Liyana Marzuki

Liyana berharap keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan tarif ‘timbal balas’ mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dunia.
Liyana berharap keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan tarif ‘timbal balas’ mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dunia.
A
A
A

SHAH ALAM – Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat yang membatalkan tarif digelar sebagai tarif ‘timbal balas’ oleh Presiden Donald Trump ke atas hampir semua rakan dagang AS disifatkan sebagai berita baik untuk Malaysia.

Aktivis politik dan bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berharap keputusan itu mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dunia.

“Mahkamah Agung AS batalkan tarif global Trump yang dikenakan ke seluruh dunia. Beliau membalas dengan menaikkan 10 peratus, tetapi hanya boleh bertahan 150 hari sahaja sebelum, insya-ALLAH, ditolak lagi oleh Kongres.

“Berita baik untuk Malaysia. Moga stabil kembali geoekonomi dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan keputusan berkenaan merupakan tamparan besar kepada Trump yang pada tahun lepas menggunakan undang-undang darurat era 1970-an untuk mengenakan tarif lebih tinggi dengan pantas tanpa kelulusan Kongres, walaupun kuasa percukaian diperuntukkan kepada cabang perundangan.

Mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah, mahkamah tertinggi memutuskan bahawa Trump melampaui kuasa presidennya apabila menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 (IEEPA) untuk mengenakan tarif global secara meluas, termasuk duti berkaitan fentanil ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat membatalkan tarif global Trump disambut baik untuk ekonomi Malaysia
  • Liyana Marzuki harap keputusan ini mengembalikan kestabilan ekonomi dunia
  • Tarif yang dinaikkan Trump hanya bertahan 150 hari sebelum dijangka ditolak oleh Kongres
  • Keputusan ini dilihat sebagai tamparan kepada Trump yang guna undang-undang era 1970-an untuk kenakan tarif tanpa kelulusan Kongres
  • Mahkamah tertinggi AS putuskan Trump melampaui kuasa presiden dengan guna Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 untuk tarif global

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!