Nazri cadang kembalikan program MM2H

Mohamed Nazri (gambar kecil) bercadang aktifkan kembali program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) khususnya di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Mohamed Nazri (gambar kecil) bercadang aktifkan kembali program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) khususnya di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
A
A
A

WASHINGTON - [KEMAS KINI] Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercadang untuk mengaktifkan kembali program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) khususnya di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, sebelum pandemik Covid-19, Malaysia merupakan negara keempat pilihan rakyat Amerika Syarikat untuk bersara selepas Mexico, Panama dan Ecuador.

“Tiga negara pertama adalah negara Amerika Selatan dan jelas ketiga-tiganya boleh diakses oleh rakyat Amerika. Tetapi Malaysia, kita berada di bahagian lain dari negara ini (Amerika) dan kita berada di nombor empat.

“Mereka bercakap banyak tentang kemudahan kita, tentang Malaysia sebagai tempat yang baik untuk rakyat Amerika bersara,” kepada Sinar Daily dalam temu bual eksklusif pada Rabu (Selasa di AS).

Mohamed Nazri berkata, ketika Covid-19 melanda pada 2020, pemprosesan visa bagi program MM2H itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

“Banyak konflik berlaku dengan peserta. Mereka yang datang telah meninggalkan (negara) disebabkan syarat lebih ketat.

“Tetapi sekarang di bawah Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya fikir permohonan visa untuk Malaysia akan dikembalikan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).

"Ini adalah perkara yang baik kerana mereka tidak akan melihat seseorang itu sebagai ancaman keselamatan," katanya.

Katanya, program itu akan membantu merangsang ekonomi tempatan dan mempromosikan negara sebagai destinasi utama.

Dalam masa sama, Mohamed Nazri turut mengulas mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelancong Malaysia termasuk isu pemakaian bikini di pantai dan pulau pelancong di sini.