Rompakan ala filem Hollywood di lapangan terbang Chile

Anggota keselamatan berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Arturo Merino Benitez di Santiago. - Agensi
Anggota keselamatan berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Arturo Merino Benitez di Santiago. - Agensi
A
A
A

SANTIAGO - Sekurang-kurangnya dua maut dalam insiden berbalas tembakan pada Rabu dalam kejadian rompakan ala filem Hollywood di lapangan terbang utama Chile di Santiago.

Pendakwa raya Eduardo Baeze memberitahu, rompakan itu berlaku di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Arturo Merino Benitez ketika pekerja sedang sibuk memindahkan wang tunai AS$32.5 juta (RM146 juta) ke dalam sebuah trak perisai.

"Perompak bersenjata telah memasuki lapangan terbang dengan tiga kenderaan pada awal pagi, memecah pintu pagar dan menuju ke kawasan kargo.

"Kumpulan penjenayah itu kemudiannya berbalas tembakan dengan petugas keselamatan menyebabkan salah seorang daripada mereka dan seorang petugas keselamatan, Claudio Villar Rodriguez terbunuh," ujar Baeze.

Tambah Baeze, selepas rompakan itu gagal kumpulan penjenayah berkenaan melarikan diri dan membakar dua daripada kenderaan mereka di lebuh raya berhampiran.

Operasi memburu kumpulan itu kini giat dijalankan. - AFP