Penderaan lazimnya dibuat ahli keluarga sendiri

Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil berkata demikian ketika Wacana Sinar Siri 79 bertajuk ‘Jerangkap Sosial Kanak-Kanak: Di Mana Kita?’ di Auditorium Karangkraf.
Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil berkata demikian ketika Wacana Sinar Siri 79 bertajuk ‘Jerangkap Sosial Kanak-Kanak: Di Mana Kita?’ di Auditorium Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Berdasarkan kajian, kebanyakan kes penderaan kanak-kanak dilakukan individu yang rapat dengan mereka termasuklah ibu, bapa, datuk malah saudara mara mereka juga.

Pakar Psikologi kanak-kanak, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, situasi itu berlaku disebabkan tiada ‘lapisan sosial’ memisahkan mereka berbanding orang luar yang tidak begitu rapat.

Menurutnya, ia diburukkan lagi jika orang dewasa tersebut mempunyai perwatakan agresif, berkeinginan memanipulasi kanak-kanak yang sifatnya pasif, masih bergantung kepada orang dewasa.

“Bila rapat, dia nak ambil kesempatan dengan mengawal mereka. Dia tahu semua situasi dalam kawalannya. Selepas lakukan sesuatu, ia disusuli dengan ancaman dan kanak-kanak akan terus diam.

“Ia berlaku kerana tiada lapisan sosial. Bila dengan orang luar, lapisan itu ada iaitu lapisan sosial, fizikal, intim dan rapat. Dengan ahli keluarga, lapisan itu tiada, sebab itu berlakunya kes-kes sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Siri 79 bertajuk ‘Jerangkap Sosial Kanak-Kanak: Di Mana Kita?’ di Auditorium Karangkraf, di sini, petang tadi.

Tambah beliau, orang dewasa yang bersikap asertif sangat diperlukan bagi memastikan penderaan sebegitu tidak berlaku.

“Orang dewasa yang asertif tahu anak-anak ada hak, perlukan kasih sayang, perhatian dan panduan. Mereka juga tahu mereka diamanahkan untuk menjaga anak-anak sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

“Itu yang kita nak. Suasana selamat bila wujud hubungan asertif. Ini perlu ada di antara mereka yang agresif dan pasif,” ujarnya.