Rumah Penyayang Tun Abdul Razak terima cek RM400,000

Najib
Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini dimaklumkan, Rumah Penyayang Tun Abdul Razak terima cek RM400,000 daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Salah seorang daripada empat pemegang amanah pusat kebajikan di Pekan, Pahang, Abdul Munir Othman, 52, berkata cek bernilai RM400,000 diterima oleh rumah berkenaan pada 2015 daripada Ahli Parlimen Pekan itu diberikan untuk tujuan pengurusan rumah tersebut.

Abdul Munir yang juga Pengarah Syarikat Tanjung Semarak Sdn Bhd berkata, beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada terima cek itu diterima di Kementerian Kewangan atau Pejabat Perdana Menteri.

"Cek itu atas nama Trustee Rumah Penyayang Tun Abdul Razak," katanya. Beliau memaklumkan kos pengurusan rumah kebajikan itu ditanggung penaung iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, saksi itu memberitahu dana RM400,000 dana itu diberikan selepas beliau memintanya. "Dana itu digunakan untuk pembayaran gaji, sajian makaman dan perbelanjaan pengangkutan budak sekolah,"katanya.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib, saksi berkata kesemua dana berkenaan digunakan untuk kebajikan bukannya kepentingan peribadi.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa dana yg diterima itu digunakan untuk perbelanjaan asrama, pakaian, makanan anak-anak yatim, pembelian buku sekolah.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Artikel Berkaitan: