Banjir: 67 mangsa, tiga PPS dibuka di Melaka

Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun, Alor Gajah.
Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun, Alor Gajah.
A
A
A

MELAKA - Seramai 67 mangsa banjir daripada 21 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 8 pagi Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, empat mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun, Alor Gajah.

Menurutnya, 32 mangsa daripada 11 keluarga di daerah Jasin ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan dan 31 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan di PPS SK Chohong.

"Setakat ini, enam kawasan terjejas banjir iaitu Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Gadek di daerah Alor Gajah.

"Di Jasin, kawasan terjejas di Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang dan Kampung Bukit Asahan," katanya.

Ikuti perkembangan terkini dan dapatkan info banjir di sini!