Lelaki cabul anggota polis bebas pengaruh dadah

No Image Caption
A
A
A

AMPANG JAYA - Lelaki warga Indonesia yang diberkas selepas dipercayai mencabul anggota polis wanita dalam kejadian di Medan Selera Cengkih, Taman Melawati di sini Khamis lalu didapati bebas dari pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ujian saringan dijalankan terhadap suspek berumur 58 tahun itu.

"Suspek didapati negatif setelah dijalankan saringan air kencing.

"Siasatan berkaitan kes ini masih dijalankan dan suspek juga disambung reman sehingga Isnin ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Khamis, seorang pemandu teksi warga Indonesia diberkas dipercayai mencabul anggota polis wanita dalam kejadian di Medan Selera Cengkih di Taman Melawati di sini pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.55 pagi ketika mangsa berumur 30 tahun itu sedang membeli kuih di lokasi.

Suspek kemudiannya direman tiga hari bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.