Prosedur jalankan perniagaan akan ditambah baik

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah baik prosedur menjalankan perniagaan bagi mengurangkan birokrasi termasuk memberikan insentif kepada pihak berkuasa tempatan yang memudah cara pelaksanaan telah diluluskan bagi memastikan usaha pelaburan dapat dipercepat.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Invest Malaysia Council dan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) akan menerajui usaha bagi mempercepat kelulusan projek-projek pelaburan berpotensi tinggi.

Selain itu, kata beliau, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) akan diperkasa sebagai unit pemudah cara iklim pelaburan dan persekitaran perniagaan.

"Kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan manfaat pelaburan langsung asing (FDI) dilihat semakin mengecil ekoran ketersediaan insentif yang tinggi dan pelaburan bernilai rendah. Malaysia mempunyai lebih 100 jenis insentif dan lebih 30 agensi promosi pelaburan (IPA).

"Dengan pola perubahan global susulan perkembangan teknologi dan perubahan iklim, evolusi insentif di Malaysia diperlukan untuk menyokong kegiatan ekonomi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat. - Bernama