Penyelesaian isu bekalan air Apartmen Putra Ria esok

Tangkap layar Facebook Fahmi Fadzil pada Rabu.
Tangkap layar Facebook Fahmi Fadzil pada Rabu.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan pengurusan Apartmen Putra Ria esok, bagi mencari penyelesaian terbaik susulan bekalan air di apartmen berkenaan dihentikan.

Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, isu berkenaan berpunca daripada tunggakan bil Air Selangor berjumlah lebih kurang RM170,000 yang tidak dilunaskan sehingga kini.

"Berdasarkan rekod pengurusan, difahamkan 358 unit (54.2 peratus) berhutang bayaran penyenggaraan sebanyak RM2.47 juta (purata RM6,899).



"Isunya terlalu ramai yang tidak membayar bil penyenggaraan bulanan, walaupun peringatan telah dibuat oleh pengurusan,” katanya yang turut akan mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk apartmen berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Air Selangor bersetuju untuk membuka semula buat sementara bekalan air ke apartmen berkenaan malam ini. - Bernama