167 kes baharu Covid-19, satu kematian

Jumlah kumulatif kes sembuh Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 4,994,887 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 4,994,887 kes
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 167 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan ia adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,957 kes.

Sementara itu, sebanyak 9,330 kes aktif Covid-19 dicatatkan dengan 8,983 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 338 pesakit lagi ditempatkan di hospital.

Sebanyak sembilan pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, enam pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 169 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,994,887 kes.