12 maut, 54 cedera bas terhumban dalam parit

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 12 penumpang terbunuh manakala 54 lagi cedera selepas sebuah bas terhumban ke dalam parit di daerah Chakwal di wilayah Punjab, timur Pakistan pada Ahad malam, lapor Xinhua.

Menurut pihak penyelamat nahas berlaku di lebuh raya berhampiran kawasan Kallar Kahar.

Bas itu dipercayai terbabas ke seberang jalan selepas mengalami masalah brek dan melanggar tiga kereta yang datang dari arah bertentangan sebelum terhumban ke dalam parit.

Empat penumpang yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Bas itu membawa penumpang yang baru selesai menghadiri majlis perkahwinan dan dalam perjalanan pulang ke Lahore dari bandar Rawalpindi. - Bernama