Cuaca lembap sehingga 16 Disember ini

Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat jingga dan kuning di beberapa negeri seperti Terenganu, Pahang, Kelantan dan Johor Bharu bermula hari ini hingga esok.

Jabatan itu dalam kenyataannya hari ini melaporkan, angin timuran dari Lautan Pasifik Barat masih lagi bertiup kencang secara konsisten ke arah negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Terengganu.

Keadaan cuaca itu dijangka lembap sehingga 16 Disember 2018.

Hujan lebat peringkat jingga juga dijangka berterusan sehingga esok di Terengganu iaitu di kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang meliputi daerah Pekan dan Rompin.

Sementara itu, hujan lebat peringkat kuning pula dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Besut dan Setiu manakala Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Di Pahang kawasan terlibat ialah Jerantut dan Maran serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

Dalam masa sama, jabatan itu turut mengeluarkan kenyataan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua.

Menurut kenyataan itu, angin kencang Timur Laut kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan Samui dan utara Condore pada Selasa, 11 Disember sehingga Ahad, 16 Disember 2018.

Artikel Berkaitan:

Manakala angin kencang Timur Laut kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, selatan Condore, utara Bunguran, barat laut Reef South, Reef South, Layang-layang, barat Palawan, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Selasa, 11 Disember sehingga Ahad, 16 Disember 2018.