Felet kini jenama antarabangsa

Nick (kanan) bersama Pengarah Urusan Felet International Holdings Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah di ibu pejabat Felet di Muar, Johor.
Nick (kanan) bersama Pengarah Urusan Felet International Holdings Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah di ibu pejabat Felet di Muar, Johor.
A
A
A

PENJENAMAAN daripada Fleet kepada Felet telah membuka lembaran baharu kepada Felet International Holdings Sdn Bhd untuk mencapai tahap lebih tinggi dan setanding dengan produk badminton antarabangsa yang lain.

Felet kini sudah menembusi 10 buah negara termasuk Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Nepal, Iran dan Dubai (UAE).

Menurut Pengurus Pemasaran Felet, Nick Teo, sejak penjenamaan pada Ogos 2018, Felet telah bergerak dengan lebih pantas sehingga berjaya bersaing dalam pasaran antarabangsa.

“Felet kini sudah empat tahun dan dalam tempoh ini kita sudah capai tahap antarabangsa. Kita bergerak cukup cepat, saya rasa untuk produk tempatan dalam tempoh singkat ini dan boleh berkembang sampai peringkat antarabangsa hanya Felet sahaja berjaya buat.

“Walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19 kita berjaya harungi juga dan untuk sebuah produk badminton tempatan tempah nama di luar, itu satu kejayaan besar,” katanya.

Menurutnya, Felet berharap mampu untuk capai tahap lebih tinggi lagi serta mampu menembusi lebih banyak negara pada masa akan datang.

“Persaingan sekarang seperti kita tahu produk antarabangsa sudah ada Yonex (Japan), Li Ning (China), Victor (Taiwan) dan terbaharu Felet (Malaysia). Kita berharap Felet mampu capai ke tahap lebih tinggi lagi,” katanya.

No Image Caption

Sehingga kini Felet mempunyai 11 pemain dipilih sebagai duta dan akan menambah empat lagi pemain dalam masa terdekat.

Menurutnya, disebabkan Felet di peringkat awal lagi sudah meletakkan matlamat untuk jenama ini sampai tahap antarabangsa, kesemua pemain dipindahkan daripada Fleet kepada Felet.

“Peringkat awal kita masukkan 10 pemain. Kita sekarang sudah cuba untuk tambah lebih banyak pemain. Sejak 2019 kita sudah masukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.

“Selepas itu kita masukkan Goh V Shem, Lim Khim Wah, S. Kisona, Ng Ka Long (Hong Kong), Busanan Ongbamrungphan (Thailand), Sameer Verma (India) dan beberapa lagi pemain dari Indonesia dan India. Untuk 2023 kita mahu tambah lebih 20 pemain lagi. Sekarang sudah ada 11 pemain dan empat lagi akan menyusul," katanya.

Nick berkata, penerimaan orang ramai terhadap produk Felet amat menggalakkan terutama produk seperti raket, kasut dan tali badminton.

“Penerimaan terhadap jenama Felet kita lihat sangat bagus, di luar negara sekarang memang produk Felet seperti badminton strings, raket, kasut, ini semua memang laku,” katanya.

Ng Ka Long (kanan) pemain Felet yang berjaya membuat pukulan smash melebihi 409 kmj.
Ng Ka Long (kanan) pemain Felet yang berjaya membuat pukulan smash melebihi 409 kmj.

Raket Felet capai 409kmj

Menurutnya, faktor utama kenapa produk Felet ini mencatat jualan yang tinggi adalah bermula ketika pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito berjaya melakukan pukulan smash mencapai 400kmj dalam satu perlawanan Thomas Cup 2021.

“Peminat felet terkejut kenapa raket kita boleh smash kuat macam brand antarabangsa dan dari situ mereka mula cari dan kaji produk Felet di pasaran,” katanya..

"Kemudian, Ng Ka Long (Hong Kong) pula berjaya mencapai 409kmj ketika Malaysia Masters 2022. Sebelum ini dia guna top brand, Ng Ka Long sendiri mengaku dia tidak pernah smash lebih dari 360kmj tetapi dengan raket Felet dia boleh capai 409kmj.

“Dari situ banyak peminat mula dapat perhatian dan berminat nak cuba kerana mereka tahu jenama Felet ini boleh capai tahap jenama besar yang lain, katanya.

Pukulan smash Shesar Hiren Rhustavito yang mencecah 400 kmj.
Pukulan smash Shesar Hiren Rhustavito yang mencecah 400 kmj.

Menurutnya, bagi membolehkan Felet bersaing dengan produk luar, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa dititikberatkan.

“Badminton ini adalah sukan teknologi. Jika raket tidak bagus pemain tidak boleh beraksi dengan baik. Teknologi perlu ada.

“Kami sentiasa mahu lebih maju daripada orang lain. Kita sentiasa mahu cuba perbaiki R&D setiap tahun. Untuk tahun hadapan kami cuba benda baharu yang setaraf dengan produk Woven,” katanya.

Antara produk yang mendapat sambutan adalah raket Goh V Shem Woven TJ Power, raket Woven TJ 1000, raket 3K Woven Fence, racket Woven 888, Racket Woven Ti-3000, dan racket Aero carbon.

Felet mampu bersaing

Selain itu Nick menjelaskan, antara faktor menyebabkan Felet dapat berkembang dengan baik adalah kerana syarikat itu sentiasa memberikan peminat sukan badminton harga yang kompetitif dan kualiti produk yang tinggi.

“Kita sentiasa beri pengguna dan peminat harga yang berpatutan sesuai dengan produk kami yang berkualiti tinggi. Kualiti perlu jaga dan harga perlu lebih baik daripada orang lain. Ini kunci kejayaan Felet. Kita tidak jual seperti jenama besar lain supaya semua orang boleh menggunakan produk berkualiti pada harga lebih baik.

“Kalau produk Felet untuk harga yang rendah, kami masih boleh tarik strings raket maksimum 33-35lbs beza dengan jenama lain bagi produk yang murah hanya boleh tarik maksimum 28lbs. Kita beri harga berpatutan untuk produk yang berkualiti. Ini antara sebab kita boleh tarik minat orang untuk cuba dan beli produk Felet,” katanya.

Menurutnya, cabaran produk tiruan sentiasa ada terutama di luar negara, namun di Malaysia berkurangan kerana Felet sentiasa memantau dan memastikan hanya produk asli sahaja dijual.

“Di Malaysia produk tiruan kurang kerana kita sentiasa ambil tindakan dan juga sebab pejabat kita di sini, jadi mereka agak kurang berani untuk jual produk tiruan,” katanya.

Nick (kanan) bersama Pengarah Urusan Felet International Holdings Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah di ibu pejabat Felet di Muar, Johor.
Nick (kanan) bersama Pengarah Urusan Felet International Holdings Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah di ibu pejabat Felet di Muar, Johor.

Utamakan produk Malaysia

Menyentuh mengenai sokongan terhadap Felet sebagai syarikat tempatan, Nick memberitahu, Felet amat berharap semua pihak dapat utamakan jenama tempatan dan sokong Felet sebagai satu-satunya jenama badminton yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kami juga harap kerajaan dapat bantu untuk utamakan jenama tempatan terlebih dahulu sebelum produk luar.

“Kalau produk tempatan boleh sampai ke peringkat antarabangsa dengan bantuan dan sokongan pasukan badminton kebangsaan, ini lebih baik terutama untuk imej Malaysia.

“Kalau orang tengok Yonex, mereka tahu itu Jepun, China (Li Ning). Kita mahu untuk tunjukkan kepada dunia Malaysia juga ada jenama sendiri iaitu Felet. Kami tidak perlu sumbangan tetapi kami perlukan sokongan dan dorongan untuk lebih maju lagi,” katanya.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

Nick (kanan) bersama Pengarah Urusan Felet International Holdings Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah di ibu pejabat Felet di Muar, Johor.
Nick (kanan) bersama Pengarah Urusan Felet International Holdings Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah di ibu pejabat Felet di Muar, Johor.