Untung bersih Nestle susut kepada RM195.51 juta bagi suku pertama

Nestle Malaysia
Nestle Malaysia
A
A
A

NESTLE (Malaysia) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM195.51 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 berbanding RM197.15 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2023.

Perolehan susut 3.2 peratus kepada RM1.78 bilion daripada RM1.84 bilion bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

"Ini terutama disebabkan oleh penurunan kecil yang dicatatkan jualan domestik berbanding suku yang sama tahun lepas.

"Dalam suasana yang mencabar dan pengguna masih berhati-hati dalam berbelanja di samping menghadapi persaingan sengit, kami terus memberi tumpuan kepada penghasilan produk berkualiti tinggi, untuk memenuhi jangkaan rasa, kemudahan, nutrisi dan nilai rakyat Malaysia,” menurutnya.

Mengenai prospek, Nestle menjelaskan 2024 dijangka menjadi tempoh yang agak mencabar, dengan tekanan terhadap pertumbuhan jangka pendek yang berpunca dariada kesan inflasi dan turun naik ketara pertukaran wang asing yang berlanjutan terhadap kuasa beli rakyat Malaysia dan persaingan sengit. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: