Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice

BATU PAHAT – [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan telah memanggil salah seorang ahli keluarga yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah inap desa di Batu Pahat susulan tindakannya menghubungi seorang influencer (pempengaruh), Caprice berhubung insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.
“Kita sudah panggil ahli keluarga tersebut apabila perkara ini keluar di media. Kita rakam percakapan dan tanyakan perkara sebenar.
“Berdasarkan rakaman percakapan, didapati percakapan dia (ahli keluarga) konsisten seperti apa yang dia cakap dengan Caprice,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada Khamis.