Indonesia kecam tindakan Israel sahkan penempatan haram

Gambar diambil dari perkampungan Palestin Aqraba menunjukkan pos penempatan Israel di Gevat Arnon, berhampiran bandar Nablus di selatan Tebing Barat yang diduduki, pada Selasa. - Foto AFP
Gambar diambil dari perkampungan Palestin Aqraba menunjukkan pos penempatan Israel di Gevat Arnon, berhampiran bandar Nablus di selatan Tebing Barat yang diduduki, pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel mengesahkan sembilan penempatan Yahudi di Tebing Barat baru-baru ini kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Negara dengan populasi umat Islam terbesar di dunia itu menyertai tindakan Kesatuan Eropah (EU) mengecam rancangan Israel untuk membina 10,000 penempatan baharu di kawasan itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan bahawa tindakan Israel akan mencetuskan ketegangan dan ketidakstabilan di rantau itu.

"Masyarakat antarabangsa perlu bersatu menggesa Israel menghentikan tindakan ini dan terus mendesak kepada penyelesaian dua negara,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, ketua dasar luar EU Josep Borrell berkata blok itu menolak keputusan dibuat pihak berkuasa Israel.

Borrell berkata, penempatan Yahudi adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan mengulangi bahawa EU tidak mengiktiraf sebarang perubahan yang dibuat di luar sempadan 1967. - Bernama