Terengganu guna bot amfibia bantu mangsa banjir

Bot Amfibia Qber yang digerakkan ke lokasi banjir di daerah Hulu Terengganu hari ini menjadi tumpuan komuniti termasuk di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu.
Bot Amfibia Qber yang digerakkan ke lokasi banjir di daerah Hulu Terengganu hari ini menjadi tumpuan komuniti termasuk di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu.
A
A
A
HULU TERENGGANU - Kenderaan dua alam hasil inovasi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, Bot Amfibia Qber mula digerakkan hari ini berikutan banjir telah melanda daerah ini.

Bot bernilai RM11,500 dilancarkan 5 Disember baru-baru ini digunakan pihak polis bagi memantau perkembangan banjir, membantu mangsa serta perkara-perkara berkaitan bencana tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud memaklumkan antara lokasi pemantauan dijalankan menaiki bot amfibia itu ialah sekitar Kampung Matang, Kepah, Tengkawang serta Kuala Ping.

Kehadiran bot Amfibia Qber ke kampung berkenaan ternyata turut menarik perhatian komuniti setempat hingga ada yang tidak lepaskan peluang merakam gambar kenangan.
Artikel Berkaitan: