Gerenti lulus: Dua pembantu penguat kuasa kanan direman

Dua pembantu penguatkuasa kanan sebuah agensi kerajaan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret bermula Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah.
Dua pembantu penguatkuasa kanan sebuah agensi kerajaan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret bermula Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini bermula Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah sebagai balasan membantu calon-calon ujian memandu mendapatkan lesen tanpa gagal atau gerenti lulus.

Anggota wanita yang berusia 46 tahun itu direman berhubung kes menerima rasuah sebanyak RM1,750 manakala lelaki berusia 48 tahun disyaki menerima suapan RM750.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan yang dibuat pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap bewarna oren ke mahkamah itu direman sehingga Isnin depan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.