Gerenti lulus ujian: Pekerja sekolah memandu direman lima hari

Wanita berusia 47 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM650 daripada calon ujian memandu kereta.
Wanita berusia 47 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM650 daripada calon ujian memandu kereta.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang pekerja sambilan di sekolah memandu milik bapa mentuanya direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini bermula Khamis, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM650 daripada calon ujian memandu kereta.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah terhadap wanita berusia 47 tahun itu sehingga 6 Februari ini selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang bertugas secara tetap sebagai pembantu tadbir kanan, disiasat atas kes berkenaan sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan lesen memandu tanpa gagal atau gerenti lulus.

Permohonan itu dibuat oleh Penolong Penguasa (PPs), Wan Norrazif Mohameed manakala suspek diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).