Fasa kedua naik taraf Istana Seri Menanti tunggu peruntukan

Peserta seminar berpeluang melihat sekitar muzium tersebut.
Peserta seminar berpeluang melihat sekitar muzium tersebut.
A
A
A
KUALA PILAH - Pemuliharaan dan menaik taraf fasa pertama Istana Lama Seri Menanti (Muzium Diraja) telah selesai dan menunggu kelulusan peruntukan kewangan untuk fasa kedua.

Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Nazaruddin Sabtu berkata, sebagai daya tarikan utama produk pelancongan di negeri ini, kerja-kerja tersebut perlu dilakukan ke atas bangunan yang mempunyai nilai sejarah ini.

"Muzium ini telah mencecah usia ratusan tahun perlu dikekalkan dan dijaga sentiasa memandangkan ia menjadi tempat untuk menyimpan dan mempamerkan khazanah termasuk artifak milik institusi pemerintahan diraja di Negeri Sembilan.

"Kerajaan negeri berharap dengan dengan wajah baharu menghiasi muzium ini melalui kerja kerja pemuliharaan dan menaiktaraf yang telah dijalankan akan meningkatkan lagi jumlah pelancongan berkunjung ke negeri ini," katanya ketika merasmikan Seminar Pemulihan Istana Lama Seri Menanti (Muzium Diraja), semalam.

Hadir sama, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim.
Artikel Berkaitan:


Nazaruddin berkata, kerja-kerja konservasi ini membabitkan baik pulih penggantian tiang seri melibatkan pemotongan yang mengalami kerosakan, penggantian bumbung kayu belian di tingkat empat dan komponen sedia ada.

"Selain itu proses ini turut melibatkan pemasangan bumbung sementara bagi memberi perlindungan kepada kepada elemen bangunan yang terbuka daripada faktor cuaca.

"Sedia maklum muzium ini merupakan bangunan bersejarah yang mempunyai keunikan dari segi binaan dan pertukangan zaman dahulu, maka segala kesenian kerja binaan dikekalkan dan sebarang pemuliharaan dan pembaikan pada bahan yang rosak hendaklah dipulihara dengan bahan yang asal," katanya.