X

Kindly register in order to view this article
!

Presiden Liberia tinggalkan pejabat gara-gara ular

Presiden Liberia George Weah tinggalkan pejabat gara-gara ular. - Foto Africa Feeds
A
A

MONROVIA - LIBERIA. Presiden Liberia George Weah dilaporkan terpaksa meninggalkan pejabat rasminya apabila ia dimasuki oleh dua ekor ular.

Setiausaha Akhbar Smith Toby berkata, dua ekor ular hitam ditemukan dalam bangunan kementerian luar negara yang menempatkan pejabat rasmi presiden berkenaan pada Rabu lalu.

Insiden tersebut menyebabkan Presiden Weah terpaksa bekerja dari rumah manakala semua kakitangan diarah mengosongkan premis terbabit sehingga 22 April.

"Arahan pengosongan dikeluarkan bagi membolehkan operasi mengeluarkan ular terbabit dapat dilakukan," kata Toby.

Toby menambah ular itu berkemungkinan memasuki bangunan terbabit menerusi sistem saliran.

Pejabat presiden Liberia ditempatkan di kementerian luar negara sejak kebakaran pada tahun 2006 memusnahkan bangunan rasmi presiden. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!