Naik perahu cari barangan dapur

Rashinah bersama suami dan anak-anak terpaksa menggunakan perahu apabila Kampung Tersang, Rantau Panjang mulai dinaiki air pada Ahad.
Rashinah bersama suami dan anak-anak terpaksa menggunakan perahu apabila Kampung Tersang, Rantau Panjang mulai dinaiki air pada Ahad.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sebuah keluarga terpaksa meredah banjir bagi mendapatkan keperluan harian dengan mendayung perahu berikutan kampungnya dinaiki air.

Penduduk dari Kampung Tersang, Rashinah Abdul Ghani, 30, berkata, kawasan kampungnya mula dilimpahi air sejak pagi Sabtu menyebabkannya bersama suami serta dua anaknya menaiki perahu untuk mencari barangan dapur.

Katanya, keadaan cuaca tidak menentu dan pengalaman lalu menyebabkan beliau dan suami sentiasa bersiap sedia lebih awal.

"Sekarang air hanya beberapa inci lagi akan melimpah ke dalam rumah. Kalau hujan hari ini, esok kami pasti akan pindah ke PPS (pusat pemindahan sementara).

Ismail membuat persiapan awal apabila kawasan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang mulai dinaiki air sejak Sabtu.
Ismail membuat persiapan awal apabila kawasan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang mulai dinaiki air sejak Sabtu.

"Lebih baik berpindah awal kerana saya mempunyai bayi berusia lapan bulan," katanya.

Beberapa kampung di Rantau Panjang mulai dinaiki air sejak Sabtu susulan hujan lebat beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati walaupun cuaca berada dalam keadaan baik, namun penduduk mendakwa paras air menunjukkan peningkatan secara perlahan.

Penduduk dari Kampung Padang Licin, Ismail Mustapa, 48, berkata, air mulai melimpah pada jam 10 malam Sabtu.

"Kami sudah membuat persiapan awal dengan meletakkan barang-barang ke tempat yang lebih tinggi.

"Hal ini kerana jika hujan tiba-tiba lebat, tidak mustahil banjir besar akan berlaku sepertimana Februari tahun lalu," katanya.

Mek Yam (kiri) bersama mangsa banjir dari Kampung Bendang Perol, Rantau Panjang kini menumpang berteduh di PPS SK Gual To'Deh, Rantau Panjang.
Mek Yam (kiri) bersama mangsa banjir dari Kampung Bendang Perol, Rantau Panjang kini menumpang berteduh di PPS SK Gual To'Deh, Rantau Panjang.

Menurut pemandu lori itu, pengalaman lepas berdepan dengan banjir luar biasa menyebabkan penduduk sentiasa berwaspada.

Mek Yam Ahmad, 80, dari Kampung Bendang Perol memberitahu, sejak projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok giat dijalankan penduduk berdepan banjir agak luar biasa.

Katanya, hal itu menyebabkan mereka terpaksa berdepan banjir termenung sekali gus tinggal lebih lama di PPS.