324 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 324 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini kekal sebanyak 36,942 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,073 kes dengan 9,653 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 408 pesakit ditempatkan di hospital dengan 12 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh yang direkodkan pada Khamis ialah 148 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,990,227 kes.