Gangguan air: Tiada rebat untuk pengguna

Suhaimi Kamaralzaman (kiri) bersama Charles Santiago (tengah) serta Siew Kalvin pada sidang media di Span, di sini, hari ini.
Suhaimi Kamaralzaman (kiri) bersama Charles Santiago (tengah) serta Siew Kalvin pada sidang media di Span, di sini, hari ini.
A
A
A

CYBERJAYA - [DIKEMASKINI] Tiada sebarang rebat, demikian kata Pengurusan Air Selangor susulan gangguan bekalan air selama 86 jam bermula pada 24 sehingga 26 April ini.

Gangguan bekalan air yang melibatkan 577 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur itu susulan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, langkah tiada rebat kepada pengguna ini diambil berikutan pengumuman awal yang telah dilakukan Pengurusan Air Selangor.

"Pihak Pengurusan Air Selangor telah memaklumkan awal melalui siaran media dan dihebahkan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

"Pengguna domestik dan industri di kawasan terjejas diharap dapat melakukan persediaan dengan menyimpan air mencukupi bagi kegunaan selama dua hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Span di sini hari ini.

Katanya, kerja penambah baikan ini perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang besar timbul kelak.

"Kerja-kerja penambahbaikan ini tidak boleh ditangguh memandangkan perkakasan sistem bekalan elektrik tersebut sudah kritikal.

Artikel Berkaitan:

"Ia dijalankan bagi mengelakkan gangguan air tidak berjadual di masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan berdasarkan jadual.

"Air Selangor telah membuat segala persediaan dan persiapan bagi pelaksanaan kerja-kerja dan henti tugas loji.

"Sebanyak 82 buah lori tangki air dan 17 'Jumbo Tanker' akan digerakkan bermula 24 April bagi membekalkan air kepada penguna dan premis kritikal yang terjejas seperti hospital, pusat kesihatan dan lain lain.

"Selain itu sebanyak 106 buah tangki statik akan juga ditempatkan di lokasi atau premis kritikal," katanya.

Hadir dalam sidang media berkenaan adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago dan Ketua Agihan Pengurusan Air Selangor, Siew Kelvin.

Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan mengenai gangguan bekalan air hingga 86 jam di 577 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di LRA SSP2 pada 24 April.

Henti tugas LRA SSP2 itu akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 4,143,465 pengguna di kawasan terkesan iaitu Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

"Bagi kes-kes kecemasan dan mereka yang memerlukan bekalan air boleh menghubungi talian hotline 15300 atau talian WhatsApp 019-2816793 atau 019-2800919 yang dibuka 24 jam," katanya.

#SelangorKL #Gangguanbekalanair Sebanyak 4 143 645 pengguna di 577 kawasan akan terlibat dalam gangguan bekalan air yang dijangka mengambil masa kira-kira 86 jam pada 24 April sehingga 26 April ini. Gangguan bekalan air ini melibatkan kawasan kawasan di kawasan-kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur. Laporan MOJO: MUHAMMAD AMINNURALIF MOHD ZOKI Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/24317/EDISI/Selangor-KL/Kerja-kerja-tambah-baik-perlu-dibuat-segera

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Friday, April 19, 2019