MB Perak mengaku ada pihak mahu jatuhkan beliau

Ahmad Faizal ketika ditemui media selepas melawat Bilik Media Sidang Dun Perak, di sini, hari ini.
Ahmad Faizal ketika ditemui media selepas melawat Bilik Media Sidang Dun Perak, di sini, hari ini.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui ada pihak yang ingin menjatuhkannya sejak hari pertama beliau mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Menurutnya, walaupun keadaan itu berlaku, beliau masih kekal menjadi Menteri Besar Perak sehingga hari ini.

Beliau berkata, secara umumnya tidak ada sebarang masalah dalam kalangan Exco Kerajaan Perak kerana masing-masing fokus ke arah pentadbiran kerajaan.

"Ramai orang nak jatuhkan saya sejak hari pertama sebagai Menteri Besar Perak tapi saya masih kekal menteri besar.

"Tapi setakat ini, di dalam kalangan Exco Perak tak ada apa-apa masalah tetapi kalau berlaku di belakang saya tak tahu, daripada mata kasar saya semuanya berlaku baik," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik media Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman audio dikaitkan dengan seorang Exco Kerajaan Perak yang tular sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menjelaskan rakaman audio yang tular itu tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana dalam keadaan sekarang pelbagai perkara boleh berlaku.

Katanya, setakat yang dilaporkan media semalam, beberapa individu termasuk seorang Exco Kerajaan Perak sudah pun membuat penafian.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, memandangkan isu ini dibangkitkan oleh pembangkang, mereka perlu tampil mengemukakan bukti.

Ahmad Faizal berkata, jika isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengalih pandangan terhadap isu utama, maka pembangkang berjaya.