'Saya sedia dipecat'

Laporan muka depan Sinar Harian siaran Jumaat.
Laporan muka depan Sinar Harian siaran Jumaat.
A
A
A

'SAYA sedia dipanggil (menghadap) Lembaga Disiplin UMNO dan rela kena pecat kalau prinsip saya bersuara demi parti dianggap sabotaj.'

Demikian kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar yang mengesahkan beliau bersama empat pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang termasuk anaknya sendiri, telah diberi notis panggilan untuk menghadap Jawatankasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari ini.

Jelas bekas Pengerusi UMNO Selangor itu, selain beliau, Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Karang, Jasman Anuar; Ketua Puteri UMNO bahagian, Salbiah Saari; adik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian, Yusop Omar dan anak perempuannya yang juga AJK Puteri UMNO bahagian, Nurul Syazwani turut menerima notis sama yang dihantar Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menerusi kiriman aplikasi Whatsapps, minggu lalu.

Baca analisis penuh di Sinar Premium.