HRW dedah China tahan penunjuk perasaan

Kumpulan penunjuk perasaan memegang kertas bertulis 'Bebas China' semasa berkumpul di Seoul, Korea Selatan. - AFP
Kumpulan penunjuk perasaan memegang kertas bertulis 'Bebas China' semasa berkumpul di Seoul, Korea Selatan. - AFP
A
A
A

BEIJING - Human Right Watch (HRW) mendedahkan puluhan penunjuk perasaan masih ditahan di China selepas mengambil bahagian dalam bantahan meluas terhadap kerajaan pada tahun lepas.

Bagaimanapun, jumlah sebenar yang ditahan dan lokasi mereka ditempatkan masih tidak diketahui.

Pada November lalu, penunjuk perasaan berkumpul di bandar di seluruh negara bagi menggesa menamatkan sekatan paling keras terhadap Covid-19 selain menuntut kebebasan politik.

Parti Komunis yang memerintah China telah menamatkan strategi pembendungan pandemik pada bulan lalu selepas lonjakan kes menyebabkan kebanjiran pesakit dimasukkan ke hospital dan kematian.

Media tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa pihak berkuasa China secara senyap telah menahan penunjuk perasaan yang jumlah tidak diketahui termasuk pelajar universiti dan wartawan.

Namun, pada Khamis HRW menggesa Beijing membebaskan segera dan menggugurkan semua kes terhadap penunjuk perasaan dalam protes 'kertas putih' yang merujuk kertas kosong merujuk kepada penentangan sistem penapisan negara.

"Golongan muda di China membayar harga tinggi kerana berani bersuara mengenai kebebasan dan hak asasi manusia.

"Kerajaan dan institusi antarabangsa di seluruh dunia perlu menunjukkan sokongan dan menggesa pihak berkuasa China membebaskan tahanan serta-merta," kata penyelidik kanan China yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). - AFP