Guna mop bersih microwave cetus pencemaran, keracunan makanan

Tular sekeping gambar di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Tular sekeping gambar di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang atau Cross Contamination yang menyebabkan pemindahan bakteria berbahaya dari satu orang, objek atau tempat ke tempat lainnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan melalui Twitter berkata, bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.

KKM dalam satu kenyataan melalui Twitter berkata, bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.
KKM dalam satu kenyataan melalui Twitter berkata, bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.

Menurutnya, ia akan memberi risiko pencemaran kimia dan biologikal kepada makanan tersebut.

"Mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan penyakit seperti kolera, tifoid, disentri, hepatitis A dan keracunan makanan.

"Tindakan di bawah Akta Makanan 1983 boleh diambil ke atas premis kerana pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko," jelasnya pada Khamis.

Pada Ahad lepas, tular sekeping gambar di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Pekerja tersebut dilihat bertindak menggunakan pengelap lantai atau ‘mop’ untuk membersihkan microwave yang diperuntukkan untuk kegunaan pelanggan.

Bagaimanapun, pihak 7-Eleven bertindak pantas dan telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf serta memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap pekerja yang melanggar protokol premis kedai serbaneka itu.

Sementara itu, KKM turut menasihati orang ramai agar segera membuat aduan melalui SisPAA sekiranya melihat amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko.