Mangsa banjir di Rompin meningkat

Anggota penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir dari Kampung Setajam dan Bukit Lepas, Rompin ke PPS pada Rabu.
Anggota penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir dari Kampung Setajam dan Bukit Lepas, Rompin ke PPS pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di daerah Rompin meningkat kepada 97 orang sehingga jam 5.30 petang berbanding hanya tujuh mangsa dari dua keluarga yang direkodkan pada pagi Rabu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, tujuh mangsa kekal berada di pusat pemindahan sementara (PPS) balai raya Bandar Perwira Jaya yang dibuka sejak malam Selasa.

Menurutnya, seramai 50 mangsa daripada 15 keluarga dari Kampung Setajam dipindahkan ke PPS di balai raya kampung itu.

"PPS di balai raya Bukit Lepas turut dibuka bagi menempatkan 40 mangsa daripada 11 keluarga di kampung itu yang terjejas akibat banjir," katanya.

Empat kawasan di daerah Rompin iaitu di Mukim Endau, Mukim Pontian, Mukim Rompin dan Mukim Keratong tersenarai sebagai lokasi 'hotspot' berisiko banjir kilat.

Berdasarkan info ramalan hujan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kawasan itu berisiko banjir kilat sekiranya hujan lebat dan ribut petir signifikan berlaku.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!