Mangsa banjir seluruh negara meningkat 4,195 orang

Anggota bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Paya Merah ke PPS di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis, Segamat, pada Selasa
Anggota bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Paya Merah ke PPS di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis, Segamat, pada Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 4,195 orang melibatkan 1,156 keluarga di tiga negeri setakat jam 12 tengah hari Rabu.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Johor, Sabah dan Pahang.

Di Johor, 38 PPS dibuka dalam lima daerah bagi menempatkan seramai 3,937 mangsa banjir yang secara keseluruhannya terdiri daripada 1,102 keluarga.

Bagi Sabah pula, lapan PPS yang terletak dalam dua daerah menempatkan 52 keluarga berjumlah 251 orang.

Selain itu, di Pahang, tujuh mangsa daripada dua keluarga ditempatkan dalam satu PPS. - Bernama.