101 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 101 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Selasa dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 5,035,073.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kematian yang direkodkan akibat wabak itu pada Selasa.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,932.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 315 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,988,143 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 9,998 dengan 9,635 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 351 pesakit dirawat di hospital dengan 12 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU).