Laluan masuk ke kompleks mahkamah rosak, berlubang

Jalan rosak di hadapan Kompleks Mahkamah Syariah Kota Bharu di Tunjong.
Jalan rosak di hadapan Kompleks Mahkamah Syariah Kota Bharu di Tunjong.
A
A
A

KOTA BHARU - Laluan masuk ke dua kompleks mahkamah di Kelantan iaitu Mahkamah Kota Bharu dan Mahkamah Syariah di Tunjong di sini mengalami kerosakan.

Jalan itu digunakan oleh orang awam, pengamal undang-undang serta kenderaan pihak polis yang membawa pesalah jenayah ke mahkamah berkenaan.

Seorang pengguna, Mazira Hamat, 41, berkata, laluan rosak di kawasan itu melibatkan jalan tar sepanjang 150 meter yang berlubang-lubang.

Dakwanya, kerosakan pada jalan berkenaan berlaku sejak dua tahun lalu.

Kenderaan perlahan melalui jalan berlubang di hadapan kompleks mahkamah di Tunjong.
Kenderaan perlahan melalui jalan berlubang di hadapan kompleks mahkamah di Tunjong.

“Lubang di jalan itu bermula daripada saiz sekecil 0.2 meter, kini semakin hari semakin lebar dan panjang.

“Jalan akan berlopak ketika hujan, kenderaan boleh rosak jika tidak dipandu perlahan melalui kawasan yang berlubang,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Seorang lagi pengguna, Hafizuddin Bunyamin, 26, berkata, simpang masuk ke kompleks mahkamah tersebut juga berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Simpang masuk ke kompleks mahkamah juga berbahaya kerana keadaan trafik jalan Kota Bharu - Salor yang sentiasa sibuk terutama pada waktu puncak.
Simpang masuk ke kompleks mahkamah juga berbahaya kerana keadaan trafik jalan Kota Bharu - Salor yang sentiasa sibuk terutama pada waktu puncak.

“Keadaan trafik jalan Kota Bharu - Salor di Tunjong ini sentiasa sibuk terutama pada waktu puncak pagi dan petang iaitu ketika orang ramai pergi dan pulang bekerja.

“Simpang ini perlu ditambah lebih banyak tanda amaran atau dibina lampu isyarat bagi mengelak kemalangan yang boleh membawa maut,” katanya.

Difahamkan aduan sudah dibuat kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) oleh pihak berkaitan dan Sinar Harian dalam usaha mendapatkan respons daripada pihak tersebut.