Covid-19: 309 kes baharu, tiada kematian direkod

Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kekal berada di paras tidak melebihi 500 kes pada Ahad dengan jumlah kes baharu direkodkan semalam adalah 309. - Gambar hiasan
Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kekal berada di paras tidak melebihi 500 kes pada Ahad dengan jumlah kes baharu direkodkan semalam adalah 309. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kekal berada di paras tidak melebihi 500 kes pada Ahad dengan jumlah kes baharu direkodkan semalam adalah 309.

Portal KKMNow turut memaklumkan tiada kematian dilaporkan berkaitan dengan wabak tersebut dalam tempoh sama.

Dalam pada itu, kes aktif yang direkodkan pada Ahad adalah 10,337 dengan 9,943 kes atau 96.2 peratus daripadanya merupakan pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC) manakala 381 pesakit lagi sedang mendapatkan rawatan di hospital dengan 13 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, 10 lagi pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh direkodkan pada Ahad adalah sebanyak 292.