Seorang lagi maut, mangsa mahu pergi berkelah di Mersing

Keadaan di pekarangan Unit Forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom pada Ahad.
Keadaan di pekarangan Unit Forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Seorang lagi wanita yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing pada petang Ahad dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Kematian terbaharu itu menjadikan korban nahas yang membabitkan Perodua Myvi dan Honda Stream meningkat kepada enam orang termasuk dua kanak-kanak.

Sebelum itu, lima dilaporkan maut dalam nahas yang berlaku pada jam 5.08 petang itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisoner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Siti Nurzannah Kahdar, 25, yang merupakan penumpang hadapan Perodua Myvi disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.

"Mereka yang maut ialah penumpang belakang, Muhammad Adil Abdul Kadir, 22; Masrina Kahdar, 20; Muhammad Zharfan Noramin,15, Muhammad Syakir Noramin,10; dan Mohammad Ashraf Radiq Mohd Arifin, 11.

"Hasil siasatan awal mendapati Perodua Myvi hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu terbalik dilanggar Honda Stream," katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang menaiki Perodua Myvi terbabit dipercayai dari arah Kluang ke Kahang untuk berkelah di Air Papan Mersing manakala Honda Stream dinaiki tiga sekeluarga dari Kahang ke Kluang.

"Dua lagi mangsa di dalam Perodua Myvi iaitu pemandu, Mohd Sharizan Syafandi, 24, dan seorang kanak-kanak yang juga penumpang belakang, Nur Annalesha Rania Mohammad Arifin, 6, cedera dan kini sedang menerima rawatan.

"Tiga sekeluarga yang menaiki Honda Stream pula iaitu pemandu, Zulkeflly Zakariah, 54, dan isterinya, Kamariah Yusoff, 47, cedera dan kini di zon merah. Zulkeflly patah rusuh kiri dan Kamariah tangan dan kaki kiri.

"Anak mereka, Ariana Nur Batrisyah Zulkefly, 13, yang merupakan penumpang belakang mengalami cedera dan menerima rawatan di zon kuning," katanya.

Sementara itu, keadaan di pekarangan Unit Forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dipenuhi keluarga dan saudara mara dan kenalan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN:Lima termasuk dua kanak-kanak maut kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkena renjatan elektrik ketika selamatkan mangsa kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah kumpul duit untuk beli hadiah hari lahir rakan sekelas

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah dua beradik maut kemalangan selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat tiga beradik tunang serentak tidak kesampaian