[VIDEO] Jenazah dua beradik maut kemalangan selamat dikebumikan

Ana dan Noramin menyiram air di tanah perkuburan kedua anaknya pada Ahad.
Ana dan Noramin menyiram air di tanah perkuburan kedua anaknya pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Jenazah dua beradik yang maut dalam kemalangan di Batu 13, Jalan Mersing-Kluang di sini pada Ahad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Layang-Layang, di sini pada Isnin.

Jenazah Muhammad Zharfan Noramin, 16, adiknya, Muhammad Syakir Noramin, 11, dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan berkenaan.

Suasana hiba ketika talkin dibacakan pada pengkebumian kedua-dua jenazah mangsa kemalangan berkenaan.
Suasana hiba ketika talkin dibacakan pada pengkebumian kedua-dua jenazah mangsa kemalangan berkenaan.

Muhammad Zharfan dan Muhammad Syakir merupakan daripada enam mangsa termasuk dua kanak-kanak yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream di Batu 13, Jalan Mersing-Kluang di sini, pada Ahad.

Pengebumian kedua-dua jenazah mangsa berkenaan turut dihadiri ibu bapa mangsa, Ana Sualman dan Noramin Daud.

Ibu kedua-dua jenazah berkenaan, Ana Sualman tidak dapat menahan kesedihan menyaksikan pengebumian kedua-dua anaknya, pada Isnin.
Ibu kedua-dua jenazah berkenaan, Ana Sualman tidak dapat menahan kesedihan menyaksikan pengebumian kedua-dua anaknya, pada Isnin.

Bagaimanapun, kedua-duanya enggan ditemui pemberita kerana dipercayai masih bersedih dengan insiden kemalangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Lima termasuk dua kanak-kanak maut kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkena renjatan elektrik ketika selamatkan mangsa kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah kumpul duit untuk beli hadiah hari lahir rakan sekelas

ARTIKEL BERKAITAN:Seorang lagi maut, mangsa mahu pergi berkelah di Mersing

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat tiga beradik tunang serentak tidak kesampaian