PAT Bersatu 2022 pada 3 hingga 5 Mac

Hamzah (Siaran akhbar Bersatu pada Jumaat.)
Hamzah (Siaran akhbar Bersatu pada Jumaat.)
A
A
A

SHAH ALAM - Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2022 akan diadakan bermula 3 sehingga 5 Mac depan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ketetapan itu dibuat hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan parti berkenaan.

"Sementara itu, tarikh-tarikh bagi Persidangan Cawangan, Persidangan Bahagian dan Perhimpunan Agung Tahunan 2023 adalah seperti berikut iaitu Persidangan Cawangan 2023 pada 1 Julai 2023 hingga 31 Ogos 2023.

"Selain itu, persidangan Sayap-Sayap Bahagian 2023 pada 7 Oktober 2023 manakala Persidangan Bahagian 2023 pada 21 Oktober 2023.

"Akhir sekali, Perhimpunan Agung Tahunan pada 23 November 2023 hingga 25 November 2023," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru, Hamzah berkata, pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) bagi penggal yang baharu akan diadakan pada tarikh-tarikh seperti dinyatakan selaras dengan perlembagaan parti.

Menurutnya, MPT Bersatu juga telah membincangkan laporan 'post-mortem' keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 lalu selain strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.