Bapa belajar hisap dadah daripada anak

Seorang bapa mengaku belajar menghisap dadah dari anaknya ketika ditahan dalam serbuan pada Khamis.
Seorang bapa mengaku belajar menghisap dadah dari anaknya ketika ditahan dalam serbuan pada Khamis.
A
A
A

GURUN - Seorang bapa memberi alasan belajar menghisap dadah daripada anaknya ketika ditahan dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit pada Khamis.

Turut ditahan bersama lelaki berusia 53 tahun itu ialah anak lelakinya yang berusia 26 tahun serta penagih dadah lain.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku mula belajar menghisap dadah daripada anak lelakinya kerana tertekan selepas bercerai dengan bekas isteri.

Sementara itu dalam serbuan berasingan di sebuah lagi ladang kelapa sawit, seorang datuk kepada lima cucu memberi alasan terpaksa melalui kawasan ladang tersebut untuk membeli roti canai.

Bagaimanapun, helah yang diberikan tidak diterima menyebabkan dia turut ditahan dalam operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Kesemua 48 penagih dadah ditahan dalam dua serbuan berasingan di Gurun pada Khamis.
Kesemua 48 penagih dadah ditahan dalam dua serbuan berasingan di Gurun pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, dalam dua serbuan terbabit seramai 48 penagih dadah ditahan termasuk seorang wanita.

Menurutnya, dalam operasi itu polis berjaya merampas heroin seberat 26.15 gram bernilai RM915 dan syabu seberat 1.2 gram bernilai RM120.

Artikel Berkaitan:

"Kawasan ini sudah beberapa kali diserbu, namun penagih dadah tidak serik serta masih menjadikan lokasi itu untuk mendapatkan bekalan," katanya.

Lokasi ladang kelapa sawit itu yang bersempadan dengan daerah Yan dan Pendang menjadi tumpuan penagih yang datang dari daerah berkenaan.