Agong, Permaisuri sempurnakan pemakaian pangkat Tengku Hassanal

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Tengku Hassanal di Istana Negara pada Khamis. - Foto Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Tengku Hassanal di Istana Negara pada Khamis. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat anakanda Seri Paduka berdua, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Istana Negara pada Khamis.

Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, majlis pemakaian pangkat Tengku Hassanal sebagai Kapten disempurnakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Tengku Hassanal yang sebelum ini merupakan Leftenan menamatkan pengajian ketenteraan di pusat latihan tentera tersohor dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada Disember 2019 selepas menjalani latihan di akademi itu selama 44 minggu.

Al-Sultan Abdullah pernah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst dari 1978 hingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada 1980.

Turut berangkat pada majlis itu adalah Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain. - Bernama

Artikel Berkaitan: