Ujian bertimpa-timpa...

Mek Pah terlantar di atas tilam dan diusung untuk dipindahkan atas katil yang baharu disumbangkan kepadanya.
Mek Pah terlantar di atas tilam dan diusung untuk dipindahkan atas katil yang baharu disumbangkan kepadanya.
A
A
A

KOTA BHARU - Belum pun reda kesedihan akibat kehilangan suami tercinta yang dijemput Ilahi pada Mei tahun lalu, seorang warga emas sekali lagi teruji apabila ibunya pula terlantar akibat diserang angin ahmar.

Wan Minah Wan Mat, 66, berkata, suaminya, Awang @Jusof Kechik meninggal dunia akibat penyakit jantung ketika umat Islam lain bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022.

“Selepas itu, ibu saya, Mek Pah Salleh, 86, terkena serangan strok dan terlantar hingga sekarang.

“Ujian bertimpa apabila terkena pula banjir pada Disember tahun lalu yang mengakibatkan rumah kami dimasuki air separas 0.5 meter,” katanya ditemui ketika Penyampaian Katil Pesakit dan Sumbangan Musaadah Bencana Banjir di Taman Harian Jalan Guchil Bayam Kota Bharu.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan, Nik Mohd Nur Ihsan Salleh dan turut dihadiri Hadir sama, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim.

Wan Minah (dua dari kiri) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Nik Mohd Nur Ihsan (tiga dari kiri) dan diiringi Dr Hafidzah (kiri).
Wan Minah (dua dari kiri) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Nik Mohd Nur Ihsan (tiga dari kiri) dan diiringi Dr Hafidzah (kiri).

Wan Minah yang juga suri rumah itu berkata, ibunya yang terlantar itu terpaksa diusung ke tingkat atas rumah mereka bagi mengelak ibu terkena banjir.

“Saya ada empat anak berusia antara 41 sehingga 50 tahun yang membantu menjaga nenek mereka.

Artikel Berkaitan:

“Mereka juga membantu menampung kos perubatan dan perbelanjaan harian kami,” katanya.

Sementara itu, Dr Hafidzah berkata, sumbangan diberikan kepada 20 mangsa banjir yang terjejas akibat bencana alam Monsun Timur Laut (MTL) itu.

“Kawasan taman perumahan ini berlaku banjir luar jangka sehingga mencecah 0.8 meter menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan mereka.

“Mereka yang dibantu juga adalah ibu tunggal dan asnaf bagi meringankan bebanan yang dihadapi,” katanya.