KPDN kaji cadangan label khas minyak masak subsidi

Wawancara Sinar Harian bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat beliau pada Isnin.
Wawancara Sinar Harian bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat beliau pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji cadangan untuk memperkenalkan label khas minyak masak subsidi kepada usahawan mikro.

Bagaimanapun kata Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, harga untuk usahawan itu sedikit berbeza berbanding subsidi yang diberikan untuk rakyat.

“Harganya mungkin RM3 atau RM3.30 bagi setiap pek, namun ia masih murah daripada harga minyak masak subsidi untuk kegunaan isi rumah iaitu RM2.50,” katanya ketika sesi temubual khas bersama media di pejabat beliau pada Isnin.

Beliau berkata, cadangan tersebut bakal dimasukkan di bawah program subsidi bersasar yang akan diumumkan kabinet kelak.

“Usahawan mikro ini adalah peniaga-peniaga kecil yang mana mereka juga terdiri daripada golongan B40.

“Sebuah restoran kebiasaannya menggunakan 17 pek minyak masak setiap hari untuk pengoperasian mereka,” katanya.

Ketua Pengarang Sinar Harian (kiri) Zambri Rambli dan Pengarang Berita Umum, Junhairi Alyasa (dua dari kiri) bersama pasukan media Sinar Harian semasa menemuramah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Isnin.

Tambah beliau, bekalan minyak masak subsidi di pasaran mencukupi untuk keperluan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Bekalan setiap bulan adalah mencukupi tetapi jangan ada aktiviti penyeludupan ke sempadan,” tegas Salahuddin.

Dalam pada itu menurutnya, KPDN tidak pernah memilih kasih dalam tindakan penguatkuasaan.

“Kita melihat kepada sifat kemanusiaan. Kementerian adakan libat urus dengan semua pihak termasuk pengguna.

“Namun jika ada kesalahan besar, kami tidak akan berkompromi,” katanya.